Saturday, October 9, 2010

PEMBERITAHUAN

SALAM.

BLOG INI DIBINA SEMASA DR TAJUL MENJADI AHLI MAJLIS DAN MEMBANTU PENYEBARAN MAKLUMAT BERKAITAN, DISAMPING BLOG PERSATUAN PENDUDUK BANDAR BARU BANGI.

NAMUN SETAKAT INI, TIADA SEBARANG PENGESAHAN MENGENAI STATUS OPERASI BLOG INI.

OLEH ITU, BLOG INI DIGANTUNG SEMULA SEHINGGA DIBERITAHU.

SEBARANG ISU BERKAITAN ZON 23 MPKJ, BOLEH TERUS HUBUNGI TN HJ SHAFIE NGAH SEPERTI MANA MAKLUMA TERTERA DI ATAS.

TERIMA KASIH.

Sunday, September 5, 2010

piket di seksyen 3





Projek di Jalan 3/69
Bantahan oleh penduduk


diharap pihak MPKj prihatin dan mengambil tindakan segera atas bantahan penduduk.
isu telah lama dibangkitkan melalui Dr Tajul, namun tidak dihiraukan oleh MPKj


Dalam masa yang sama, longgokan sampah di penghujung jalan 3/69 (belakang pusat kesihatan komuniti) juga semakin bertimbun, tanpa pengawasan dan tindakan MPKj.
Pondok hentian bas/teksi berhampiran juga sudah menjadi sarang vandalisme









Sunday, August 8, 2010

Wednesday, June 9, 2010

Mesyuarat Akhir sesi 2009/2010

Mesyuarat akhir Jawatankuasa Majlis Perwakilan Penduduk Zon 23 MPKj diadakan pada 9.30 malam, 9 Jun 2010, di Pejabat MPP di Medan Usahawan Bangi.

Segala isu dan aduan yang diutarakan sebelum ini dikemaskini untuk tindakan dan kemudahan mana-mana orang yang akan dilantik menjadi Ahli Majlis MPKj bagi Zon 23.

Tarikh akhir jawatankuasa ini adalah sehingga 30 Jun, jadi segala isu dan hal berkaitan penduduk tetap akan dipantau dan diambil tindakan oleh Dr Tajul dan AJK lain sehingga tarikh akhir.

Kerjasama dan usaha bersama semua penduduk di Zon 23 MPKj selama ini amatlah dihargai , demi kesejahteraan semua.

Usaha kuat semua pihak di ini secara tidak langsung menaikkan imej Zon 23 sebagai antara Zon MPKj yang aktif. Semoga usaha dan kerja kuat semua akan diteruskan, tanpa mengira siapa yang menjadi Ahli Majlis di Zon 23 ini.


catatan:
Blog ini juga akan digantung selepas 30 Jun 2010, dan operasi seterusnya tertakluk kepada keizinan Ahli Majlis Zon 23 yang baru.

Friday, May 7, 2010

sekitar isu di seksyen 3



Diharap isu yag dipaparkan akhbar ini mendapat respon dan tindakan bersama antara penduduk dan MPKj. Menerusi LA21, banyak aktiviti bersama seperti gotong royong boleh dilaksanakan. Aktiviti sedemikian telah dibuat bagi setiap seksyen di zon 23. Bahkan bagi seksyen 3, telah juga dibuat pada tahun lepas di damai impian.

Sunday, March 28, 2010

Hari Tanpa Beg Plastik




sekitar majlis perasmian hari tanpa beg plastik, peringkat DUN Bangi