Mesyuarat akhir Jawatankuasa Majlis Perwakilan Penduduk Zon 23 MPKj diadakan pada 9.30 malam, 9 Jun 2010, di Pejabat MPP di Medan Usahawan Bangi.
Segala isu dan aduan yang diutarakan sebelum ini dikemaskini untuk tindakan dan kemudahan mana-mana orang yang akan dilantik menjadi Ahli Majlis MPKj bagi Zon 23.
Tarikh akhir jawatankuasa ini adalah sehingga 30 Jun, jadi segala isu dan hal berkaitan penduduk tetap akan dipantau dan diambil tindakan oleh Dr Tajul dan AJK lain sehingga tarikh akhir.
Kerjasama dan usaha bersama semua penduduk di Zon 23 MPKj selama ini amatlah dihargai , demi kesejahteraan semua.
Usaha kuat semua pihak di ini secara tidak langsung menaikkan imej Zon 23 sebagai antara Zon MPKj yang aktif. Semoga usaha dan kerja kuat semua akan diteruskan, tanpa mengira siapa yang menjadi Ahli Majlis di Zon 23 ini.
catatan:
Blog ini juga akan digantung selepas 30 Jun 2010, dan operasi seterusnya tertakluk kepada keizinan Ahli Majlis Zon 23 yang baru.
Wednesday, June 9, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)