MPP Induk : Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang
MPP Zon : Seorang Ahli Majlis yang dilantik oleh Yang DiPertua
TUJUAN
Tujuan penubuhan MPP ini adalah seperti berikut :
Memperkukuh dan memperkemaskan fungsi Ahli Majlis sebagai agen penghubung di antara Majlis dan Masyarakat.
Menjadi saluran maklumat kepada masyarakat. Menjadi badan pentadbiran yang menyalurkan aduan, permintaan, masalah dan kehendak penduduk kepada pihak Majlis.
Membantu meningkatkan mutu perkhidmatan Majlis dengan penyertaan dan pandangan mereka.
Menggalakkan penyertaan penduduk setempat di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Majlis.
Merancang program-program mesra rakyat;
Memantau aktiviti-aktiviti persatuan penduduk di kawasan zon masing-masing.
Menyelaras bentuk bantuan yang seimbang kepada persatuan-persatuan penduduk. Selaras dengan Local Agenda 21 ke arah pembangunan mampan.
Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? " Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda : " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ?"Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini baik-baik. "Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? " Baginda lalu menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. " (Riwayat Tirmizi)