Wednesday, March 3, 2010

Local Agenda 21 MPKj

MPKj menerusi MPP dan LA21 sekali lagi menganjurkan Kawasan Kejiranan Terbaik 2010.

Terdapat 2 kategori untuk pertandingan, iaitu;
1. perumahan teres
2. perumahan pangsapuri

Pertandingan ini menawarkan jumlah hadiah RM30,00 bagi setiap kategori, iaitu ;
pertama : RM15,000
kedua : RM10,000
ketiga : RM5,000 ,
berbentuk geran untuk aktiviti/projek di taman perumahan.

Penilaian dibuat berterusan mengikut kriteria;
a. Mac : Kebersihan
b. April : Keindahan & keceriaan
c. Mei : Keselamatan
d. Jun : Penglibatan masyarakat setempat
e. Julai : Pentadbiran taman
f. Ogos : Pendidikan
g. September : Persembahan (powerpoint)


Tuesday, March 2, 2010

permit parking dan direktori

berikut adalah petikan dari website mpkj.

Pihak tuan puan semua boleh membuat aduan jika dilihat ada premis perniagaan sekitar kediaman yang menggunakan premis parking sesuka hati.

dibawah ni rujukan pihak tertinggi mpkj sekiranya aduan tuan puan tidak diberi layanan sebaiknya di peringkat bawahan.

Monday, February 8, 2010

Makluman Mesyuarat 8 Februari 2010

Makluman Ringkas Mesyuarat MPP 23 pada 08/02/2010.

1. Aduan setiap seksyen telah dimasukkan dalam laporan Zon.

2. Kualiti Air Tasik di TTB3- Seksyen 3
- J/kuasa MPP Zon 23 dengan kerjasama pusat penyelidikan kualiti air (ALIR)
UKM telah membuat sampling kualiti air
- Disamping untuk tugasan mahasiswa, keputusan sampling telah diberi maklum
kepada Dr. Tajul untuk perhatian dan tindakan MPKJ.
- Dr Tajul akan mendapatkan maklumbalas dan tindakan bersama pihak MPKJ

3. Program Gotong Royong
- MPP Zon 23 membuka peluang kepada mana-mana persatuan/j/kuasa yang ingin
membuat gotong royong boleh berhubung terus dengan Dr Tajul.

4. Program Hari Belia Bangi
- Sambutan akan dibuat pada 21 Februari 2010
- Majlis diadakan di Taman Tasik Cempaka
- Acara melibatkan permainan, pameran dan jualan.
- Borang penyertaan akan diedarkan ke setiap seksyen/surau-surau.
- Keterangan Lanjut, Hubungi Sdr Abang 012-6906106

Sunday, February 7, 2010

Lokasi Medan Usahawan Bangi




Medan Usahawan Bangi di Seksyen 1,
Bandar Baru Bangi

Wednesday, January 13, 2010

Sunday, December 27, 2009

Karnival Usahawan Bangi 2009



Karnival Usahawan Bangi 2009 merupakan program anjuran bersama Prime care, sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dengan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 23 Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PPBBB) dan Aman Palestin. Program bertemakan “Bangi Sejahtera Teras Pembangunan Usahawan Bersama” dilaksanakan untuk memperkenal dan mempromosikan Medan Usahawan Bangi (MUB) kepada seluruh penduduk Bangi selain memberi ruang dan peluang kepada warga Bangi melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

OBJEKTIF

*Mempromosi dan memasarkan Medan Usahawan Bangi kepada semua penduduk Bangi.
*Membantu meningkatkan jualan produk usahawan melalui jualan terus kepada pengguna tempatan sebagai ruang meningkatkan daya maju dan daya saing produk usahawan melalui respon langsung pengguna.
*Mengketengahkan aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan yang diadakan oleh agensi-agensi kerajaan yang mengambil bahagian.
*Menyediakan platform suai mesra dan suasana karnival bagi masyarakat berbilang kaum dari warga tempatan dan pengunjung-pengunjung melalui aktiviti-aktiviti dan program-program berunsurkan pasukan dan bertemakan perpaduan.
*Membuka peluang kepada warga penduduk Bangi membuat jualan semasa karnival berlangsung.

PROGRAM SEPANJANG KARNIVAL

06 Dis. 2009 Majlis Kemuncak Bangi Bandar Bersih
12 Dis. 2009 Senamrobik
13 Dis. 2009 Tayangan Bola Sepak (Liverpool vs Arsenal)
18 Dis. 2009 Sambutan Maal Hijrah 1431
19 Dis. 2009 Malam Aman Palestin
26 Dis. 2009 Bersama Tokoh (Wira Daratan)

Wednesday, December 23, 2009

Jemputan

(publisti suara bangi)
(risalah)