Sunday, December 27, 2009

Karnival Usahawan Bangi 2009



Karnival Usahawan Bangi 2009 merupakan program anjuran bersama Prime care, sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dengan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 23 Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PPBBB) dan Aman Palestin. Program bertemakan “Bangi Sejahtera Teras Pembangunan Usahawan Bersama” dilaksanakan untuk memperkenal dan mempromosikan Medan Usahawan Bangi (MUB) kepada seluruh penduduk Bangi selain memberi ruang dan peluang kepada warga Bangi melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

OBJEKTIF

*Mempromosi dan memasarkan Medan Usahawan Bangi kepada semua penduduk Bangi.
*Membantu meningkatkan jualan produk usahawan melalui jualan terus kepada pengguna tempatan sebagai ruang meningkatkan daya maju dan daya saing produk usahawan melalui respon langsung pengguna.
*Mengketengahkan aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan yang diadakan oleh agensi-agensi kerajaan yang mengambil bahagian.
*Menyediakan platform suai mesra dan suasana karnival bagi masyarakat berbilang kaum dari warga tempatan dan pengunjung-pengunjung melalui aktiviti-aktiviti dan program-program berunsurkan pasukan dan bertemakan perpaduan.
*Membuka peluang kepada warga penduduk Bangi membuat jualan semasa karnival berlangsung.

PROGRAM SEPANJANG KARNIVAL

06 Dis. 2009 Majlis Kemuncak Bangi Bandar Bersih
12 Dis. 2009 Senamrobik
13 Dis. 2009 Tayangan Bola Sepak (Liverpool vs Arsenal)
18 Dis. 2009 Sambutan Maal Hijrah 1431
19 Dis. 2009 Malam Aman Palestin
26 Dis. 2009 Bersama Tokoh (Wira Daratan)

Wednesday, December 23, 2009

Jemputan

(publisti suara bangi)
(risalah)

Thursday, December 10, 2009

program di medan usahawan bangi


sekalian penduduk bandar baru bangi dijemput memeriahkan
medan usahawan bangi sepanjang bulan Disember 2009 ini.

Para Peniaga telah kembali memulakan operasi perniagaan
setelah sekian lama medan usahawan ini sepi.

Saturday, December 5, 2009

Majlis Kemuncak Bangi Bandar Bersih

Acara Gotong Royong Perdana telah diadakan
di Medan Usahawan, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi
pada 6 Disember 2009 dari 7.30pg-12.00tghri
sebagai acara kemuncak Bangi Bandar Bersih
Pejabat ADUN Bangi juga kini dibuka di
Medan Usahawan Seksyen 1
(bersebelahan pasar seksyen 1)

Acara pertandingan mewarna kanak-kanak

Gotong royong bersama penduduk dan
Kakitangan MPKJ , JPA3 dan agensi kerajaan yang lain

YB Dr Shafie , ADUN Bangi turut membantu
Dr Tajul Ariffin, Ahli Majlis MPKJ
bersama penduduk menanam pokok

Hj Ahmad Sufi, pengarah program hari ini

Pemuda PAS juga turut serta

Turut hadir menjayakan program, Ahli Parlimen Serdang

Selain kerja gotong royong, terdapat sesi pemeriksaan kesihatan percuma dengan kerjasama pihak pejabat kesihatan dan hospital UPM, kempen anti denggi, dan pembukaan semula gerai-gerai jualan.

Medan Usahawan Bangi kini dihidupkan semula setelah
sekian lama diabaikan. Semoga usaha ini membantu peniaga
dan usahwan IKS sekitar Bandar Baru Bangi untuk mencari rezeki
dan memperbaiki taraf hidup.

Lot gerai juga diberi kepada pihak ibu tunggal sebagai usaha
membantu ekonomi dan taraf hidup mereka.

Wednesday, December 2, 2009

isu di Utusan Malaysia 2 december 2009

Pasar Malam dan Isu Kebersihan Seksyen 16

Pasar Malam Seksyen 16 yang menjadi tumpuan penduduk saban minggu telah lama menjadi rungutan penduduk di Seksyen 16. Selain isu kesesakan, masalah kebersihan semakin kronik, bahkan menjadi zon paling kotor di Bandar Baru Bangi.

Atas rungutan dan masalah penduduk setempat, Ahli Majlis Zon 23 sedang berusaha agar lokasi pasar malam dipindahkan. Penganjur pasar malam adalah Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi dan Persatuan Belia 4B. Oleh itu lokasi baru perlu menepati keperluan penduduk dan mengambil kira isu kebersihan.

Namun setakat ini para peniaga bersetuju membiayai usaha pembersihan sekitar tapak pasar malam sebagai langkah sementara. Ini kerana kontraktor pihak majlis mencadangkan tapak tersebut ditutup sebulan sekiranya kerja pembersihan menyeluruh dijalankan.

Begitu juga Medan Usahawan di Seksyen 1 juga sedang dibangunkan semula sebagai lokasi alternatif kerana terdapat tapak lot perniagaan di sekitar seksyen 16 akan dibersihkan kerana didirikan tanpa kebenaran sejak sekian lama.

Diharapkan usaha berterusan ini akan memberikan manfaat kepada para peniaga dan mengatasi rungutan sekian lama penduduk seksyen 16, Bandar Baru Bangi.