Pasar Malam Seksyen 16 yang menjadi tumpuan penduduk saban minggu telah lama menjadi rungutan penduduk di Seksyen 16. Selain isu kesesakan, masalah kebersihan semakin kronik, bahkan menjadi zon paling kotor di Bandar Baru Bangi.
Atas rungutan dan masalah penduduk setempat, Ahli Majlis Zon 23 sedang berusaha agar lokasi pasar malam dipindahkan. Penganjur pasar malam adalah Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi dan Persatuan Belia 4B. Oleh itu lokasi baru perlu menepati keperluan penduduk dan mengambil kira isu kebersihan.
Namun setakat ini para peniaga bersetuju membiayai usaha pembersihan sekitar tapak pasar malam sebagai langkah sementara. Ini kerana kontraktor pihak majlis mencadangkan tapak tersebut ditutup sebulan sekiranya kerja pembersihan menyeluruh dijalankan.
Begitu juga Medan Usahawan di Seksyen 1 juga sedang dibangunkan semula sebagai lokasi alternatif kerana terdapat tapak lot perniagaan di sekitar seksyen 16 akan dibersihkan kerana didirikan tanpa kebenaran sejak sekian lama.
Diharapkan usaha berterusan ini akan memberikan manfaat kepada para peniaga dan mengatasi rungutan sekian lama penduduk seksyen 16, Bandar Baru Bangi.
Wednesday, December 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment